Monday, August 31, 2009

Imam Mahdi Adalah Seorang yang Tegas




A. Imam Tawus RH, seorang tabiin terkemuka menyebutkan bahawa,

“Salah satu tanda Imam Mahdi ialah dia amat tegas terhadap orang bawahannya, harta bendanya melimpah ruah dan amat pemaaf kepada para hamba (pekerja bawahan).”

Imam Tawus menyebutkan tiga perkara yang menjadi tanda khusus bagi Imam Mahdi iaitu:

1.Imam Mahdi amat tegas kepada orang bawahannya iaitu para pekerja di rumahnya, anak-anak murid pengajiannya, para pegawai di pejabatnya, orang-orang kanannya, para makmum yang berada di saf pertama sembahyang dan pemimpin-pemimpin yang dilantik untuk mewakilinya.
2.Hal ini samalah seperti tegasnya baginda SAW kepada para sahabat semasa di Madinah ketika hayat baginda SAW dahulu. Begitu juga Sayidina Umar semasa pemerintahannya yang ketegasannya cukup kita kenali. Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga terkenal tegas terutama kepada anak-anak, isteri dan para pembesarnya. Sultan Muhammad al-Fateh juga amat tegas kepada para askarnya, sama ada semasa perang atau damai.
3.Imam Mahdi memang diutus oleh Allah untuk memberkatkan harta benda sehingga melimpah ruah di sana-sini, akhirnya orang ramai jemu melihat harta benda yang bertimbun-timbun di sana-sini, sedangkan tidak seorang pun yang mahu membawanya pulang atau ambil peduli tentangnya.
4.Imam Mahdi juga sangat berbelas kasihan kepada golongan hamba, pekerja bawahan dan orang awam. Mereka ini sentiasa mendapat bantuan dan perhatian berat daripada Imam Mahdi sendiri. Mereka selalu dibantu, ditolong, didoakan dan dihiburkan oleh Imam Mahdi dari semasa ke semasa.
5.Akhirnya setiap orang merasakan mereka sentiasa diambil berat dan diperhatikan oleh Imam Mahdi, pemimpin agung mereka. Semuanya amat berpuas hati dengan pemerintahan Imam Mahdi yang amat adil lagi saksama itu.

No comments:

Post a Comment