Monday, February 8, 2010

Umat Nabi Muhammad SAW yang Paling Bahagia




A. Kata sahabat RA,
“Sebahagia-bahagia umat pada masa al-Mahdi adalah bangsa Kufah.”
Penunjukan Kufah sebagai tempat dalam asar ini bukanlah menunjukkan benar-benar Kufah
yang teretak di negara Iraq sekarang ini. Kufah yang dimaksudkan adalah bangsa Timur, iaitu bangsa
Melayu. Penunjukan Kufah ini adalah kias sahaja kerana pada masa dahulu, Kufah itu dianggap sudah
terletak di timur Tanah Arab. Jadi, kiasan yang paling hampir dan sesuai disebutkan pada masa itu
adalah Kufah. Lagipun Kufah pada masa itu adalah kota pusat perdagangan yang bertaraf
antarabangsa. Jadi memang terkenal kota Kufah ini dan mudah pula untuk diterima oleh akal pada
masa itu.
Disebutkan bahawa merekalah bangsa yang paling bahagia di dunia ini apabila Imam Mahdi
muncul kelak. Ini dikeranakan oleh beberapa faktor yang antaranya adalah,
1. Dari bangsa Melayu itulah lahirnya Imam Mahdi itu sendiri.
2. Dari bangsa Melayu itu jugalah lahirnya Pemuda Bani Tamim.
3. Dari bangsa itu jugalah lahirnya golongan Ikhwan yang setaraf dengan Sahabat RA.
4. Dari bangsa Melayu itulah lahirnya golongan Asoib, yang datang dari Timur.
5. Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim akan memerintah dunia ini dengan
menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu. Pada masa itu,
seluruh manusia akan bertutur dalam bahasa Melayu dan Arab.
6. Di negara Melayu itulah terletaknya pusat pemerintahan Imam Mahdi, yang dari
situlah Imam Mahdi akan memerintah seluruh dunia ini dengan hukum-hukum
Islam yang sebenar.
7. Dan nama hampir dua pertiga benua Asia akan dinamakan menurut nama negara
mereka iaitu akan disebut dengan nama Malaysia Raya.
8. Di sanalah Imam Mahdi meninggal dunia dan dimakamkan (yang disebutkan sebagai
Madinah).

No comments:

Post a Comment